Friday 20 January 2012

Apa Barang Diet-Diet Nih

Makan sahajalah puas-puas, nanti kalau dah tua nanti sakit-sakit, kan dah tak boleh makan.

Ehh.. yakin pula anda bahawa anda akan sempat merasai hari tua?
Bukankah sudah semakin banyak kejadian mati mengejut di kalangan orang muda disebabkan 'cardiac arrest' sekarang ini?Kalau yang kemalangan jalanraya itu tak payah cakaplah, memang sedia maklum statistiknya.

Sesungguhnya, mati itu confirm, Hari tua?Tak confirm lagi dapat jumpa.

Yakin juga anda bahawa anda hanya akan sakit apabila menjelang tua?
Kalau dah makan hari-hari ikut sedap rasa sahaja, sangat cerah harapan untukmenjemput sakit ketika muda.Yang berminyak, berlemak, manis dan lain-lain berkumpul menjadi kilang racun dalam badan. Lagi-lagi kalau sangat kurang nak balancekan balik dengan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Makan diet yang seimbang bukanlah untuk kurus dan cantik semata-mata, cukuplah untuk mendapat berat yang ideal. Berat yang ideal bukanlah untuk mendapat figure yang slim/hot supaya nampak perfect bila mengenakan pakaian yang seperti digam atas badan.Tetapi berat yang ideal penting untuk mendapat kesihatan berpanjangan. Lagipun, marilah berusaha untuk nampak perfect di mata Allah S.W.T. , bukanlah di mata manusia.


Apa yang penting sangat nya untuk sihat? Betullah, jikalau kita tak pernah sakit, memang kita takkan pernah menghargai kenikmatan sihat. Jadi, sesiapa yang sedang sakit dan pernah merasa sakit, rasakanla keindahan makna di sebalik sakit, jangan merungut kerana ia adalah salah satu anugerah dari Allah. The Almighty will never create anything without hikmah.

ibadah
anak
mak bapak
sedekah
amal jariah
berbakti kepada masyarakat

No comments:

Post a Comment