Saturday 14 January 2012

Near Death

Hampir mati, belum mati lagi. Aku andaikan semua orang pernah merasai saat hampir mati. yang mana secara automatik mulut kita akan menyebut lebih kurang begini: "nasib baik dowh, kalau tak..", "memang gile nasib baik ah kau tadi, sikit lagi nak terkena" , "Woahh, kalau kau dok seat belakang tadi, mesti dah arwah dah la" dan kalau dan kalau dan kalau....
Takde maknanya beribu kalau pun, jika belum sampai lagi masa si polan itu mati dan tidak tertulis lagi dalam qada' dan qadarnya, maka belum matilah dia. 
Kalau dah tertulis si polan yang memandu kereta Ferrari itu mati ketika berlanggar dengan motor Modenas GT128, maka matilah dia, dan menjadi headline di semua dada akhbar dan membuka mata rakyat tentang betapa hebat barangan buatan Malaysia.


Mari aku stori near death moments aku:


1-Masa darjah 2 or 3 kot, dalam perjalanan ke kelas Fardhu-Ain, sempat pulak tu aku singgah panjat pokok sebentar. rendah je pokok tu. ketinggian yang aku bertenggek tu adalah dalam 1.5 kali tinggi aku masa tu. Bila sampai masa masuk kelas, aku pun terjun dari pokok dan rupa-rupanya aku ni memang perangai tak berapa semenggah masa tu - dah tau pakai baju kurung pon, boleh nak panjat pokok jugak lagi - maka tersangkut lah kain aku dekat satu dahan yang dah patah. Jadi, apabila sepatutnya kaki yang mendarat, di ketika itu dada aku yang mendarat dulu.Jadi hasil hentakan di dada itu, bila aku bangun,rasa sesak dada, tak boleh bernafas untuk beberapa saat. aku cuba lagi, dan akhirnya oksigen berjaya melalui paru-paru.Walaupun beberapa saat, memang rasa sangat panik masa tu. Sebab itulah aku ingat sangat jatuh yang itu. Kalau ikut logik, memang banyaklah saat-saat jatuh aku yang lain, tapi tak ingat pun. Dan aku tak beritahu sesiapa pun kejadian itu, ustazah pun taktau ok :)


2-Masa mula-mula berjinak dengan pemanduan kereta, aku mengaku aku memang memandu macam rempit. Dengan berbekalkan sifat kurang sabar seorang anak muda -memang tahu nak sampai destinasi cepat je- maka kerja aku memang dok memotong kenderaan lain asal ada peluang. Jadi, yang paling aku ingat ada satu near-miss nak potong lori kat selekoh.. dah masuk lane bertentangan dah ni, tetiba muncul kereta berderet dan aku pon menyelit lah balik ke lane asal.Kereta arah bertentangan tu dah hon sakan dah terkejut nampak aku, dan nasib baik masih ade ruang untuk aku menyelit. Dibuatnya kalau masa tu lori tu brek ke?kereta belakang aku dah rapat ke lori tu ke..?hah, see? again, NASIB BAIK dan KALAU. tak tak. memang takdir aku tidak mati ketika itu dan terus hidup hingga saat ini..Bagaimana dengan 2 hari lagi? seminggu lagi?bulan depan? belum pasti lagi aku masih dapat jumpa kau atau kau masih dapat jumpa aku.


3- Masih berkenaan pemanduan. Ini pasal aku drive kereta brek tak berapa nak makan pulak.Masa tu kereta sederet depan aku semua tetiba brek mengejut. Nyaris barai BMW depan aku tu. (BMW tu lah barai kalau kena, aku drive kereta lama masa tu, kereta lama kan body dia lebih kebal). tapi aku berjaya mengelak, dan masuk ke bahu jalan belah kiri. Aku tawakal jela tarik hand break dan sebab kesan momentum daripada kelajuan sebelum itu, mengambil masa yang lama sedikit sebelum betul2 berhenti.Belum sempat nak betul-betul berhenti, aku nampak di depan situ adalah pulak lori panjang / treler yang nak masuk ke sebelah kiri (ada tempat ape ntah).Memang hanya mampu memandang lori panjang itu, dan lagi sekali NASIB BAIK, lori itu sempat habis masuk dalam kilang dulu sebelum aku melepasi tapak laluannya akibat momentum itu..herm..tak tak, bukan nasib, memang takdir aku tak mati masa tu. (Faham tak cerita aku ni? Rasa nak lukis diagram je melabelkan di mana aku, BMW dan lori panjang)




4- Aku jarang demam, selsema dan sebagainya. Dan sampailah satu ketika, aku didiagnose dan dikehendaki menjalani pembedahan. Nak kata pembedahan biasa, memang bukan yang biasalah bagi rakyat kebanyakan yang tak belajar medic, tapi diberitahu ia pembedahan yang agak biasa bagi doktor tersebut. Di ketika itu, pernyataan di bawah ini terasa begitu betul. 



Sabda Rasulullah SAW :

Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG.( Riwayat Imam al-Bukhari )



Perasaan kali pertama berbaring di atas tempat pembedahan, memang tak terbayangkan. Bila dicucuk dengan ubat bius pun, aku cuba tegaskan dalam hati "taknak tutup mata!taknak tutup mata!" tapi tanpa sedar, aku sudah pon membuka mata semula.Macam baru 5 minit tadi, walhal 9 jam sudah berlalu. Subhanallah, Alhamdulillah.. Aku diizinkan hidup lagi. Macam-macam boleh berlaku di dalam tu.Doktor pun manusia juga. Kalau tersalah je satu urat, boleh memadamkan seluruh fungsi manusia. Tapi, nampaknya Allah tak mengizinkan doktor itu melakukan kesalahan ketika itu.Maka, aku masih di sini.Alhamdulillah.


Jadi, segala near death moments tu bukannya nasib baik atau 'lucky', ia memang sudah tertulis. Sudah tertulis aku dan kau belum patut mati pada ketika itu. Rasanya, semua near-miss events tu pun saje-saje je ke terjadi pada kita? Itupun telah tertulis dalam qada' dan qadarNya untuk jadi kepada kita, untuk diambil manfaat supaya dapatlah mengingati mati dan membuat persedian menujunya. 


Bukanlah "Nasib baik, tak kena langgar tadi. Dapatlah aku habiskan 'Desparate Housewives Season 1 - Season 7' malam ni.yeah!!" Erkkk.







5 comments:

  1. nk jadi orang pertama yg komen kat blog ko wlpn x komen pape.. sbb terkedu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hai nony! thanx jadi yang 1st komen in this entry and blog!
    Mmg patut aku ingat sampai bila2..Perkenalkanlah diri, baru comeyy :)

    ReplyDelete
  4. my name is not nony.. haha

    ReplyDelete
  5. nama manja untuk 'Anonymous' :)

    ReplyDelete